Saat artis seni mempertahankan diri dari China, Li Zhen, 21, melangkah masuk ke dalam gelanggang gusti lembu jantan, perasaan gerun menyelubungi dirinya. “Saya sangat takut apatah lagi melihatkan haiwan itu seekor lembu jantan,” katanya. Dia sanggup melalui risiko patah kaki akibat dihempap haiwan berat itu, dirodok malah dirempuh tanpa belas kasihan. Bagaimanapun, Li telah menjalani latihan intensif untuk mengatasi ketakutan itu. Li merupakan salah seorang ahli wusyu, kung fu dan atlet gusti lembu jantan yang berlatih di Pusat Seni Mempertahankan Diri Haihua, Jiaxing yang terletak kira-kira 100 kilometer di selatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya