KUALA LUMPUR – Kabinet diminta untuk membincangkan cadangan berkaitan pemansuhan hukuman mati bersama Jawatankuasa Khas Kajian Rang Undang-Undang yang telah ditubuhkan oleh Parlimen pada Ogos lalu.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming berkata, langkah tersebut perlu dilakukan memandangkan pemansuhan hukuman bunuh mendapat perhatian secara menyeluruh oleh masyarakat.
“Saya berharap Kabinet akan mempertimbangkan perkara ini kerana isu sebesar itu perlu dibincangkan secara mendalam. Mesyuarat meja bulat boleh diadakan selain diadakan jerayawara untuk mendapat maklum balas pelbagai lapisan masyarakat.
“Ia supaya keputusan yang paling baik dapat dicapai,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.










