PALEMBANG 25 Nov. – Presiden Indonesia, Joko Widodo menerima darjah kebesaran Rajo Balaq Mangku Negara yang membawa maksud Raja Agung Pemegang Kuasa Tertinggi daripada masyarakat Komering dalam upacara adat khas di Griya Agung, kediaman rasmi Gabenor Sumatera Selatan di Palembang. Lapor Antaranews, isterinya, Iriana Joko Widodo pula menerima gelaran Pemaisuri Indoman yang membawa makna pemaisuri pelindung dan tempat mengadu dalam upacara yang diketuai oleh Pemangku Adat Majlis Tertinggi Komering Sumatera…










