Jawatankuasa Terpilih Pengurusan DUN Terengganu - Utusan Malaysia

Jawatankuasa Terpilih Pengurusan DUN Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 29 Nov. – Dewan Undangan Negeri Terengganu menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Pengurusan Dewan bagi membantu merancang, mentadbir dan menguruskan Dewan secara lebih objektif.

Yang Dipertuanya, Yahaya Ali berkata, jawatankuasa yang dipengerusikannya dengan enam orang ahli itu turut melibatkan seorang wakil pembangkang.

“Jawatankuasa terpilih ini akan bertanggungjawab dalam mengkaji dan membuat penambahbaikan terhadap peranan Dewan dan peraturan tetapnya.

“Mungkin terlalu besar kalau saya sifatkannya sebagai satu pembaharuan reformasi institusi dewan tetapi sebagaimana saya nyatakan dalam ucapan saya adalah untuk mengangkat DUN Terengganu sebagai antara Dewan yang lebih hebat di kalangan negeri-negeri lain,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN