Jangan berterusan cabar orang Melayu - Azman - Utusan Malaysia

Jangan berterusan cabar orang Melayu – Azman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 17 Nov. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diingatkan tidak mencabar orang Melayu dengan beria-ia mahu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di negara ini.

DR. AZMAN IBRAHIM
DR. AZMAN IBRAHIM 

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, Dr. Azman Ibrahim berkata, orang Melayu merupakan kalangan bangsa yang terbaik dari segi tolak ansur dan toleransi kaum tetapi jangan sesekali kelembutan itu dicabar jika tidak buruk padahnya.

Katanya, apabila membicarakan tentang hak istimewa orang Melayu Islam di Malaysia, ia bukan topik perkauman atau diskriminasi kaum sebaliknya tentang hak dan keadilan.

“Keadilan bukan bermaksud sama tetapi memberikan hak kepada yang berhak. Sama bukan bermaksud adil. Adil bukan bermaksud sama.

“Asal Malaysia ialah Tanah Melayu. Allah jadikan bumi untuk orang Arab yang dipanggil Tanah Arab sebagaimana dijadikan Tanah Besar Cina untuk orang Cina, benua kecil India untuk orang India manakala Tanah Melayu pula untuk orang Melayu.

“Orang Melayu dengan segala lapang dada dan semangat muhibah menerima bangsa lain untuk hidup secara harmoni di bumi Tanah Melayu ini. Jadi mari kita bersama makmurkan dan bangunkan bumi Tanah Melayu ini dan jangan dilanggar garis merah orang Melayu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN