KUALA LUMPUR 26 Nov. – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berharap isu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak lagi dibangkitkan di negara ini sehingga kiamat.
Jelasnya, isu-isu seperti meratifikasi ICERD adalah perkara sensitif yang boleh menimbulkan ketegangan.
“Itu sebab ahli-ahli politik kalau teringin hendak menjadi menteri pada masa akan datang, jangan buat kenyataan-kenyataan yang merugikan rakyat dan negara.
“Kita tidak akan sebut lagi perkara ini (ratifikasi ICERD) sehingga hari kiamat,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat jawatankuasa Kementerian Luar di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau pada masa sama menjelaskan, perhimpunan membantah ICERD di ibu negara pada 8 Disember ini bertujuan menzahirkan kesyukuran kerana kerajaan tidak meratifikasi konvensyen tersebut, bukannya untuk mencetuskan kekecohan. – UTUSAN ONLINE










