BANGKOK – Bagi sindiket-sindiket dadah yang tumpas di tangan pihak berkuasa, akan muncul sindiket baharu untuk mengambilalih dan mengaut keuntungan daripada “perniagaan (dadah)” yang amat lumayan itu.
Bercakap kepada Bernama di sini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berterus-terang apabila menyatakan isu mengenai ancaman dadah adalah sukar dan bukanlah sesuatu “yang boleh diselesaikan.”
“Ia perniagaan yang berterusan (dadah). Isu dadah ini bukanlah isu yang boleh diselesaikan. Ia hanya akan menjadi lebih complicated in the future (sukar pada masa hadapan),” katanya kepada agensi berita nasional itu ketika ditemui di ibu kota Thailand baru-baru ini.
Beliau berada di Bangkok untuk menyertai mesyuarat tahunan “5th Departmental Review of the Joint Thailand-Malaysia Working Committee on Criminal Activities” antara Polis Diraja Malaysia dan Polis Diraja Thailand.
Delegasi PDRM ke mesyuarat itu diketuai oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. – Bernama










