TEHRAN 19 Nov. – Iran akan terus mengeksport minyak meskipun berdepan sekatan daripada Amerika Syarikat (AS).
“Kami tidak akan tunduk kepada tekanan ini, yang merupakan perang psikologi terhadap Iran.
“Mereka telah gagal menyekat eksport minyak kami. Kami terus menjalankan aktiviti eksport,” kata Presiden Iran, Hassan Rouhani.
AS sebelum ini bertindak menyekat eksport minyak Iran bagi memaksa Tehran menghentikan program misil peluru berpandu balistik. – REUTERS











