DALAM persaingan sengit perniagaan, kadang-kala seseorang itu harus melakukan sedikit kelainan untuk mendapat perhatian pengguna. Itulah yang dilakukan Raja Saidatuliqmal Raja Hamid, 31. Beliau mendesak dirinya untuk melakukan inovasi terhadap produk yang dijual secara dalam talian (online) bagi meraih permintaan. Berbekalkan ilmu membuat kuih dan biskut yang dipelajarinya beberapa tahun lalu, Raja Saidatuliqmal memilih bandar Jerantut, Pahang sebagai lokasi untuk menjual aneka jenis biskut dan brownies. Namun disebabkan wujudnya persaingan…










