SINGAPURA – Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde menyatakan minat beliau terhadap usaha kerajaan Pakatan Harapan untuk memulihkan semula negara.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir berkata, Lagarde juga bersetuju untuk mengadakan satu lagi perjumpaan bersama beliau untuk membincangkan perkara tersebut dengan lebih terperinci.
“Beliau tahu berkenaan hubungan Malaysia dengan IMF pada masa lalu. Mereka sangat berminat dengan apa yang sedang kita lakukan dalam memulihkan semula negara termasuk strategi menangani rasuah,” katanya ketika ditemui wartawan Malaysia pada luar sesi Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










