KUALA TERENGGANU 17 Nov. – Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, 74, hari ini dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengajian al-Quran daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebagai pengiktirafan kepada sumbangan serta ketokohannya sepanjang 36 tahun dalam bidang musabaqah tilawah dan hafazan di negara ini. Pengurniaan anugerah itu disempurnakan oleh Sultanah Terengganu yang juga Canselor UniSZA, Sultanah Nur Zahirah dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Ke-10 universiti tersebut di…










