PASIR SALAK 17 Nov. – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran agar tidak mencabar orang Melayu dengan cadangan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Menurutnya, jika tiada sebarang pengisytiharan cadangan ICERD ditarik balik, tidak mustahil orang Melayu mengamuk. “Jangan sampai orang Melayu amuk. Kalau amaran tak diendahkan, UMNO dan Pas bersatu, kita bukan sekadar beri amaran kalau tak ada isytihar tolak ICERD,…










