IPOH 27 Nov. – Semua pihak termasuk ahli politik diminta supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tidak tepat berhubung insiden kekecohan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kenyataan tidak tepat bukan sahaja tidak akan membantu meredakan keadaan, malah akan merumitkan proses siasatan. “Keadaan yang ada ini perlu dikawal. Semua pihak patut tutup…










