GUA MUSANG 26 Nov. – Perniagaan menjual bantal kekabu yang diusahakan di rumah mampu memberi pulangan lumayan. Pada awalnya perniagaan yang diusahakan oleh Azlina Wahab, 50, yang tinggal di Taman Wangi di sini dilakukan secara kecil-kecilan untuk memenuhi permintaan ahli keluarga dan kenalan rapat, namun kini semakin berkembang apabila mendapat tempahan dari seluruh negara. Katanya, produk bantal dan tilam bayi berasaskan kekabu masih menjadi pilihan di pasaran kerana rekaannya yang…










