Hargai sumbangan sukan selain bola sepak - Utusan Malaysia

Hargai sumbangan sukan selain bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
TERLEBIH dahulu saya ucapkan tahniah kepada semua pemain bola sepak The Bos Gaurus yang berjaya memenangi Piala Malaysia kali kelapan. Juga tahniah kepada Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) atas kejayaan tersebut.

Apa yang menarik perhatian saya adalah habuan yang diterima oleh pemain dan pegawai skuad bola sepak Perak. Terlalu banyak habuan yang mereka terima yang saya rasa kurang adil kepada ahli sukan yang lain.

Memenangi Piala Malaysia pada tahun ini adalah kali yang kelapan, bukan pertama kali. Jadi tak perlulah habuan yang melampau, cukup sekadar habuan yang diberi oleh Pafa.

Saya bukannya iri hati tetapi saya simpati kepada ahli sukan lain yang berjaya mengharumkan nama Perak tetapi dipinggirkan. Bukan bola sepak sahaja yang berjaya mengharumkan nama Perak. Seminggu selepas perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia berlangsung pula perlawanan akhir hoki Piala Razak.

Perak juga menjadi johan. Tetapi adakah kerajaan negeri mengumumkan habuan untuk skuad hoki? Skuad hoki Piala Razak bukan sahaja menjuarai edisi tahun ini, malah berjaya mempertahankan kejuaraan! Piala Razak adalah satu-satunya kejohanan hoki antara negeri yang utama, tarafnya sama seperti Piala Malaysia, tetapi kenapa harus diketepikan?

Piala Malaysia hanyalah bertaraf kebangsaan, bukannya bertaraf antarabangsa, tetapi habuannya seolah-olah menang Piala Dunia.

ANAK PERAK
Sungai Petani

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×