SAO PAULO 12 Nov. – Seorang pelumba Formula Satu (F1), Max Verstappen didakwa cuba menumbuk pelumba dari pasukan lain, Esteban Ocon selepas jentera mereka bergesel pada Grand Prix (GP) Brazil yang dimenangi juara dunia, Lewis Hamilton. Verstappen yang memandu untuk pasukan Red Bull dirakam oleh kamera televisyen menolak Ocon dari pasukan Force India beberapa kali di bilik timbang badan sebaik perlumbaan tamat sambil mengancam mahu menumbuknya. Terdahulu kedua-dua pelumba berlanggar…










