Guru, kakitangan awam mohon gaji awal bulan depan - Utusan Malaysia

Guru, kakitangan awam mohon gaji awal bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon kerajaan memberi gaji lebih awal kepada guru serta kakitangan awam lain pada bulan depan sebagai persediaan untuk menyambut Krismis dan pembukaan sekolah.

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock berkata, kerajaan dan Kementerian Kewangan dirayu memberi kelonggaran agar pembayaran gaji pada bulan depan dapat diawalkan untuk persiapan akhir meraikan perayaan tersebut.

“Jika dilihat Surat Pekeliling Akauntan Negara, gaji Disember dibayar pada 24 Disember ini bermakna sehari sebelum sambutan perayaan Krismas pada 25 Disember ini.

“Kerajaan dirayu memberi ruang untuk membuat persiapan akhir selain mempermudahkan persediaan pembukaan sekolah tahun depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, persediaan awal bagi keluarga berpendapatan sederhana dan mempunyai anak ramai amat penting kerana melibatkan sumber kewangan terhad khasnya bagi guru dan kakitangan awam yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.

“Mereka bukan berpendapatan tinggi dan perlu membuat perancangan dengan teratur, sumber kewangan mereka juga adalah terhad,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN