IPOH 16 Nov. – Seorang guru berdepan detik mengerikan apabila diserang, digigit serta dihempas berkali-kali oleh seekor kuda ketika sedang menunggang kuda lain di Pantai Sharmila, Songkhla, Thailand ketika bercuti bersama rakan-rakannya sempena perayaan Deepavali, pada 6 November lalu. Dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang, Nur Aini Ruslan, 29, cedera digigit sebesar lapan sentimeter di bahagian pinggang di sebelah kiri serta mengalami pendarahan dalaman. Ekoran kejadian itu, dia terpaksa…










