Gunakan biodiesel B20 untuk tingkatkan nilai sawit? - Utusan Malaysia

Gunakan biodiesel B20 untuk tingkatkan nilai sawit?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN 17 Nov – Kerajaan Pusat diminta segera melaksanakan penggunaan biodiesel B20 dalam usaha meningkatkan pendapatan negara melalui hasil kelapa sawit di samping membantu menstabilkan harga bahan komoditi itu.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) , Datuk Aliasak Ambia berkata, sebelum ini kerajaan telah memperkenalkan bahan bakar B10 namun seperti tertangguh.

“B20 mengandungi 20 peratus penggunaan minyak sawit yang dicampur 80 peratus minyak diesel dan 20 peratus campuran itu membabitkan penggunaan dua juta tan minyak sawit , “ katanya.

Tambah beliau, sekiranya kerajaan dapat memperkenalkan B20 dengan segera, maka pendapatan hasil negara dapat ditingkatkan sekaligus meningkatkan pendapatan pekebun kecil yang ada di negara ini.

Beliau berkata demikian selpas Majlis Sehari Bersama 200 orang Ahli PKPKM peringkat negeri di Dewan Orang Ramai Bandar Ketengah Jaya, disini , hari ini.

Majlis dialog itu turut dihadiri Pengarah Risda Terengganu, Isa Rahimin; Timbalan Presiden PKPKM, Meor Harun Meor Osman dan Pengerusi PKPKM Terengganu, Yusof Deraman serta wakil daripada Felda dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia MPOB. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN