PULAU PINANG 18 Nov. – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengambil pendekatan mengunci mulut daripada memberi ulasan tentang kontroversi membabitkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Ahli Parlimen Bagan itu berkata, soalan berkenaan sepatutnya dijawab oleh Menteri, P. Waytha Moorthy kerana beliau yang ‘membangkitkan’ isu itu. Ujarnya, beliau lebih berminat untuk menumpukan tugas sebagai Menteri Kewangan. “Kamu (media ) tanya Moorthy. Tentang pendirian Parti Pribumi…










