KUALA LUMPUR 9 Nov. – Syarikat insurans Singapura, Great Eastern Holdings Ltd. mendakwa, pihaknya masih belum memberi kata putus berhubung sumbangan sebanyak RM2 bilion bagi memenuhi ketetapan pemilikan asing di Malaysia. Portal Singapore Business Review melaporkan, Great Eastern Holdings Ltd. ketika ini sedang berbincang dengan kerajaan Malaysia berhubung pilihan bagaimana Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd. (Great Eastern) mampu memenuhi keperluan pemilikan asing. Katanya, satu daripada pilihan tersebut adalah Great Eastern perlu menyalurkan dana amanah pembangunan khas, berkemungkinan besar dalam bentuk dana perlindungan kesihatan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya