SEREMBAN – Beberapa kawasan di Seremban, Port Dickson dan Rembau akan mengalami gangguan bekalan air sehingga esok berikutan kejadian tebing runtuh di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi Khamis lepas, kembali berulang pada hari ini.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains), Norzita Ismail dalam kenyataan di sini berkata, penutupan LRA berkenaan akan mengakibatkan gangguan lebih 48 jam di kawasan terbabit.
Kawasan terlibat di Seremban iaitu Taman Pinggiran Senawang, Sekolah Dato Abdul Razak, RTM, Ladang Batu 11, Kilang GMP, Hentian R(amp)R Senawang, Senawang Perdana, Taman Ulu Lalang, Kampung Solok, Kampung Ribu, Kampung Sega Ulu, Kampung Sega Hilir, Jalan Kuala Sawah, Kampung Nyatoh, Rumah Rakyat Nyatoh, Kampung Belangkan, Industri Nilam Ribu.
Turut terjejas, Taman Bandar Ekar, Pekan Rantau, Kampung Takau, Kampung Pening, Kampung Kancong, Taman Rantau, Jalan Air kuning, Taman Permata, Kampung Siliau Hulu, Kampung Siliau Hilir, Kampung Sungai Sendayan.
Manakala di Port Dickson Golf and Country Club, PD Perdana, Desa Lagun Resort, Kem-kem Batu 5 Jalan Pantai, Selesa Beach Resort, Kem-kem Batu 4 Jalan Pantai, Hotel Seri Malaysia, Hotel Avillion, Hotel Risda, Kilang Cabot, Hotel Corus, Hotel Sunshine Bay, Sekolah SDASA, Petron Refinery, Shell Refinery (Line 1 dan 2), Pusat Hemodialisi Batu 1 Jalan Pantai, seluruh kawasan PD Water Front dan pekan Port Dickson. – Bernama











