Gambar tular bukan mangsa rusuhan - Utusan Malaysia

Gambar tular bukan mangsa rusuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Gambar dua orang remaja terbunuh di sisi sebuah motosikal yang tular bukanlah mangsa rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Putra Heights dekat sini seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya, ia merupakan gambar mangsa kemalangan yang terkorban di Bandar Putra, Kulai, Johor.

Perkara tersebut didedahkan seorang lelaki, Aizzat yang mendakwa dirinya sebagai abang kepada salah seorang mangsa kemalangan itu. 

Beliau yang menulis di akaun Twitter miliknya turut meluahkan kekesalan kerana gambar tersebut disebarkan dengan tujuan untuk memarakkan api perkauman antara kaum Melayu dengan India di negara ini.

“Janganlah sebarkan berita palsu. Sebagai abang kepada arwah, sedih memang sedih tapi tak pasal-pasal jadi punca Melayu dengan India bergaduh.

“Kes di kuil itu tidak ada kena-mengena dengan gambar tu, mereka meninggal sebab kemalangan di Bandar Putra (Kulai), bukannya kena pukul semua,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN