PETALING JAYA 27 Nov. – Mahkamah Majistret di sini hari ini diberitahu Datuk Farid Kamil Zahari akan mengaku bersalah sekiranya representasi bagi mengurangkan lima pertuduhan jenayah yang dihadapi pelakon dan pengarah filem itu diterima Jabatan Peguam Negara. Perkara itu dimaklumkan peguam Megat Syazlee Mokhtarom yang mewakili Farid Kamil, 37, pada hari pertama perbicaraan lima kes tersebut di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham. Menurut Megat Syazslee, representasi itu telah dihantar pada 23 November lalu kepada Jabatan Peguam Negara dan beliau memohon untuk penangguhan perbicaraan sehingga keputusan mengenai representasi itu diterima. “Sekiranya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya