Farid dipanggil beri keterangan - Utusan Malaysia

Farid dipanggil beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari yang dikaitkan dengan dakwaan pernah disogok wang RM5 juta oleh kerajaan terdahulu telah memberi keterangan di bilik saksi di Kompleks Mahkamah di sini semalam.

Menurut peguam bela Megat Syazlee Mokhtarom yang mewakili Farid Kamil, anak guamnya itu dipanggil memberi keterangan di hadapan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya selama 30 minit.

“Dia (Farid Kamil) dijangka me­nyambung memberi keterangannya di IPD Petaling Jaya esok (hari ini) sejurus selesai sebutan semula kes lima pertuduhan jenayah yang dihadapi­nya di mahkamah ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN