Enjin Rossi tak cukup bagus - Utusan Malaysia

Enjin Rossi tak cukup bagus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 21 Nov. – Valentino Rossi menggambarkan hari pertama pramusim 2019 sebagai positif namun merasakan enjin baharu Yamaha terlalu banyak memberi tekanan kepada tayar belakang.

Sewaktu sesi ujian jentera baharu berkenaan di Valencia hari ini, Rossi menamatkan aksi dengan catatan ketiga terpantas.

Yamaha telah menaik taraf enjin baharu untuk memastikan mereka berjaya memburu gelaran MotoGP musim depan.

Rossi memberitahu, evolusi enjin baharu M1 lebih lembut dan lancar malah pelarasan dilakukan untuk mengubah prestasi M1 ketika memasuki selekoh membolehkan ia selesa ditunggang.

Bagaimanapun, pembaharuan terhadap enjin belum mencukupi.

“Kami selalu ber­depan isu degradasi tayar dan kerana itu kami cuba menjadikannya lebih lembut bagi mengurangkan tekanan.

“Bagi saya secara keseluruhan, ia jentera yang bagus dan saya ada satu perasaan baik, cuma dalam situasi ini enjin adalah perkara utama yang harus diberikan perhatian,” kata Rossi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×