KLANG – Tindakan enam krew warga Indonesia menjual minyak sebanyak 12.7 tan metrik dengan melakukan pemindahan secara haram daripada sebuah kapal pengangkut kepada kapal lain membawa padah selepas diberkas dalam kejadian di Pulau Ketam petang semalam. Kesemua suspek berusia 30 hingga 50 tahun itu ditahan pukul 7.50 petang. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian tersebut disedari oleh penyelia kapal berkenaan yang mengesyaki pengurangan minyak dari kapal pengangkut tersebut. Katanya, berdasarkan siasatan didapati terdapat pengurangan minyak sebanyak 12.7 tan metrik dengan melibatkan kerugian berjumlah RM30,0000.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya