Ella dipilih ikon The Brandlaureate - Utusan Malaysia

Ella dipilih ikon The Brandlaureate

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ratu rock negara Ella Aminuddin menerima Anugerah Ikon Selebriti BrandLaureate dalam majlis The BrandLaureate Brand Icon Leadership Award 2018 di sini, sebentar tadi.

Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, dipilih pada anugerah anjuran Asia Pacific Brands Foundation (APBF) itu atas kejayaannya dalam industri membina jenama sebagai seorang ikon rock wanita terkenal tanah air.

“Syukur kepada Allah S.W.T dan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi pengiktirafan sebesar ini.

“Saya dedikasikan pengiktirafan ini kepada semua yang pernah terlibat dalam kerjaya seni saya serta semua pihak yang membantu membina jenama selama ini,” katanya yang ditemui sebentar tadi.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Pengerusi APBF, Tan Sri Rainer Althoff.

Selain Ella, dua selebriti lain, Datuk Ramli Sarip dan Anuar Zain turut menerima anugerah sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN