KUALA TERENGGANU 3 Nov. – Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu) mahu kerajaan menjelaskan sama ada segala bentuk bantuan terus kepada golongan itu akan diteruskan atau dihentikan. Pengerusinya, Mat Yassin Mohamed berkata, mereka masih tertanya-tanya kedudukan sebenar membabitkan elaun sara hidup di samping subsidi diesel dan petrol kerana perkara tersebut langsung tidak disentuh dalam pembentangan Belanjawan 2019 oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) semalam. Katanya, separuh daripada kira-kira 10,000 nelayan di negeri ini masih memerlukan segala bantuan tersebut bagi membantu meringankan beban mereka terutama dalam menghadapi musim tengkujuh bermula bulan ini hingga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya