SUBANG JAYA 26 Nov. – Laluan di Lebuh Raya Damansara- Puchong (LDP) ke Shah Alam berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, di sini malam ini terhalang selepas dua lori treler dihentikan sekumpulan lelaki di lorong kanan.
Kejadian itu mengakibatkan pengguna lebuh raya terpaksa mengubah laluan selain terperangkap dalam kesesakan lebih tiga jam.
Sehingga kini tiga trak yang membawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah berada di kawasan ini pada pukul 10.45 malam bagi mengawal keadaan.
Ini berikutan kehadiran lebih 2,000 orang di kawasan tersebut.
Tiada sebarang insiden buruk berlaku dan polis berjaya mengawal keadaan.- UTUSAN ONLINE










