KOTA BHARU 25 Nov. – Keakraban dua sepupu lelaki sebaya yang mempunyai tarikh lahir hampir sama, berpanjangan hingga ke akhir hayat apabila kedua-duanya maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Simpang Cabang Tinggi, Pengkalan Chepa, di sini semalam. Muhammad Aideed Mohd. Roslan, 17, serta sepupunya, Muhammad Emdy Syazwan Md. Norrizan, 17, maut selepas motosikal jenis Honda TS150 ditunggang mereka terlanggar seekor lembu sebelum terjatuh di atas jalan dan digilis sebuah…










