Dua pelajar ditahan lumba haram - Utusan Malaysia

Dua pelajar ditahan lumba haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 26 Nov. – Dua pelajar sekolah ditahan dalam satu operasi membanteras kegiatan lumba haram di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) awal pagi ini.

Turut ditahan dalam operasi bersepadu khas yang bermula pukul 5 petang semalam dan berakhir 2.30 pagi ini adalah empat lagi rakan mereka yang bekerja sendiri serta penganggur.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 14 hingga 19 tahun dan mereka didapati menunggang secara berbahaya dengan menundukkan badan, melakukan zig zag serta meniarap di atas motosikal.

“Operasi Khas Samseng Jalanan ini diadakan hasil maklumat daripada orang awam bagi membanteras kegiatan lumba haram yang sering diadakan di BORR melibatkan remaja.

“Daripada enam yang ditahan pagi ini, dua daripadanya adalah pelajar sekolah menengah dan ujian air kencing ke atas mereka mendapati negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×