Dortmund sertai Atletico ke kalah mati - Utusan Malaysia

Dortmund sertai Atletico ke kalah mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DORTMUND 29 Nov. – Borussia Dortmund mara ke pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara walaupun seri tanpa jaringan di gelanggang sendiri menentang Brugge awal pagi tadi, bagaimanapun pendahulu Bundesliga itu bakal kehilangan Axel Witsel yang cedera di lutut.

Selepas pendahulu Kumpulan A, Atletico Madrid terlebih dahulu mengesahkan tempat ke kelompok 16 terakhir dengan kemenangan 2-0 ke atas pasukan kendalian Thierry Henry, Monaco yang menghuni tangga kedua, Dortmund berjaya memperoleh mata yang diharapkan untuk turut bersama ke peringkat kalah mati.

Bagaimanapun, kejayaan itu agak membimbangkan Dortmund menjelang perlawanan seterusnya apabila bakal kehilangan pemain tengah mereka dari Belgium, Witsel.

Keputusan itu juga bermakna peluang untuk Brugge sudah tertutup dan akan ke pusingan kalah mati saingan Liga Europa selepas mengesahkan kedudukan di tempat ketiga kumpulan.

Dortmund masih berpeluang untuk mendahului Kumpulan A jika mereka boleh menewaskan Monaco dalam masa dua minggu lagi dan Atletico gagal untuk menewaskan Brugge di Madrid dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

“Kami mempunyai dua peluang besar di awalnya dan kemudian situasi menjadi lebih sukar – kami tidak dapat mencari ruang itu,” kata pengarah sukan Dortmund, Michael Zorc. Tetapi melayakkan diri ke 16 terakhir adalah keutamaan.” – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN