Diskaun utiliti usaha KPWKM galak taska berdaftar - Hannah Yeoh - Utusan Malaysia

Diskaun utiliti usaha KPWKM galak taska berdaftar – Hannah Yeoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang berusaha mempertingkatkan bilangan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) berdaftar dengan memberi diskaun utiliti kepada taska yang berdaftar.

Tanpa memberikan butiran, Timbalan Menterinya, Hannah Yeoh berkata, kini hanya terdapat 10 peratus sahaja taska yang berdaftar di bawah kementerian manakala 90 peratus lagi taska tidak berdaftar.  

“Kementerian akan mula berbincang dengan syarikat-syarikat utiliti untuk mendapatkan diskaun ataupun menurunkan kos elektrik* Kalau mereka (taska) berdaftar dengan kita mungkin pihak utiliti akan membantu mengurangkan kos. 

“Kalau kita bagi utiliti seperti ini, ia akan menggalakkan taska berdaftar, katanya pada Majlis Graduasi Tabika Kemas Parlimen Segambut bagi Sesi 2018 di Dewan Tan Sri Abu Zahar Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini hari ini.

Ahli Parlimen Segambut itu juga berkata, selalunya taska tidak dapat berdaftar kerana mereka tidak dapat memenuhi garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN