MELAKA – Planetarium Melaka yang terletak berhampiran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini terpaksa ditutup sementara atas faktor keselamatan selepas sebahagian dindingnya runtuh dalam kejadian hujan lebat dan ribut kelmarin.
Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri diberi tanggungjawab untuk menjalankan siasatan dan membuat penilaian terhadap kerosakan yang berlaku di bangunan tiga tingkat tersebut.
Menurutnya, susulan kejadian itu, satu laporan telah dibuat kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri serta polis pada hari sama kejadian untuk tindakan lanjut.
“Sekarang masih dalam peringkat siasatan punca sebenar kejadian dan kami akan menunggu laporan.
“Selepas laporan lengkap diterima, kami akan melihat pula langkah-langkah pembaikan yang akan dilakukan terhadap struktur yang rosak itu,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Ecxo Kerajaan Negeri di Ayer Keroh di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











