Di Francesco selar pemain Roma - Utusan Malaysia

Di Francesco selar pemain Roma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM 27 Nov. – Jurulatih Roma, Eusebio Di Francesco secara terbuka mengkritik persembahan pemainnya selepas tidak mempamerkan semangat juang malah berkata kualiti mereka boleh dibeli di pasar raya.

Roma menamatkan Serie A di tempat ketiga pada musim lalu selain layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara dikejutkan dengan tewas 0-1 kepada Udinese menyebabkan mereka menduduki tangga ketujuh dengan 18 mata di belakang pendahulu, Juventus.

Mereka akan menerima kunjungan Real Madrid bagi aksi Kumpulan G Liga Juara-Juara awal pagi esok (waktu Malaysia) memerlukan sekurang-kurangnya satu mata untuk mara ke pusingan kalah mati memandangkan masih mempunyai baki satu perlawanan dalam tangan.

“Kami tidak bersemangat dan laparkan kemenangan di bahagian pertahanan dan serangan. Kami melakukan persediaan untuk perlawanan ini dan saya lihat ini aksi yang penting. Tewas sesuatu yang menjengkelkan.

“Kami tidak menunjukkan kesungguhan di mana anda boleh pergi ke pasar raya untuk membelinya.

“Kami perlu mengubah mentaliti pemain dan cara kami bermain. Kami bernasib baik kerana ada perlawanan besar jadi kami perlu bangkit dan tunjukkan bahawa kami bukan pasukan seperti yang anda lihat di Udinese,” katanya.

Masa depan Di Francesco berada dalam bahaya apabila sesetengah media mendakwa dia diberikan dua perlawanan untuk menunjukkan peningkatan.

“Lebih baik kita bercakap mengenai pasukan, bukan saya. Saya sentiasa yakin dengan kelab ini. Bola sepak adalah bola sepak. Keputusan esok penting sebab kami mahu menamatkan di tangga teratas kumpulan,” katanya lagi. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN