Dasar kebangsaan berkaitan pembinaan rumah ibadat disegerakan - Zuraida - Utusan Malaysia

Dasar kebangsaan berkaitan pembinaan rumah ibadat disegerakan – Zuraida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyegerakan usaha untuk mewujudkan satu dasar kebangsaan bagi menyeragamkan undang-undang berkaitan pemilikan tanah untuk membina rumah ibadat, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, ia perlu disegerakan memandangkan terdapat keperluan untuk mendapatkan kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum membina rumah ibadat.

“Saya fikir sudah tiba masanya untuk saya melihat kembali dan membuat satu dasar kebangsaan (diseragamkan). Saya perlu semak kembali, jika tidak memerlukan banyak pindaan kita boleh buat secepat mungkin,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan meluluskan usul dan menjadikankan syarat bahawa rumah ibadat seperti masjid, kuil atau gereja tidak boleh dibina tanpa kebenaran PBT sebagai langkah untuk mengelak insiden serupa seperti di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights daripada berlaku. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN