Curi tong gas isteri - Utusan Malaysia

Curi tong gas isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Gara-gara mencuri sebuah tong silinder gas petroleum cecair (LPG) dan dua kampit beras milik isterinya sendiri pada minggu lalu, seorang buruh dipenjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Mohd. Rizal Moharapi, 34, yang berasal dari Seberang Takir, Kuala Nerus membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Pendakwaan dikendalikan Pengawai Pendakwa, Asisten Supe­rintendan L. Rathna manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Rizal didakwa mencuri sebuah tong gas jenama Petronas dan dua kampit beras milik isterinya, Suzi­lawati Ja’afar, 32, di rumah wanita itu di Taman Batin Perdana, Kuala Nerus pada 15 November lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×