SUBANG JAYA – Pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan memutuskan calon daripada parti komponennya bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan status PRK berkenaan. Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, PH akan membuat keputusan muktamad selepas pengumuman itu. “Kami (Amanah dan PH) menunggu pengumuman daripada SPR dan parti komponen yang akan bertanding dalam PRK itu akan diputuskan…










