SHAH ALAM 17 Nov.- Perwakilan PKR Kelantan hari ini mahu supaya kerajaan pada masa kini mengubah cara pemikiran sebagai sebuah parti yang memimpin kerajaan.
Wakilnya, Prof.Madya Saharum Ibrahim berkata, cara pemikiran pada masa kini perlu diubah berikutan PKR bukan lagi pembangkang tetapi telah menjadi sebahagian daripada kerajaan memerintah.
“Sesuai dengan amanat Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mahu parti gabungan itu meneruskan agenda bersama dan mengutamakan kepentingan rakyat.
“Kita perlu meneruskan perjuangan dalam membela nasib rakyat kerana kemenangan pada pilihan raya yang lalu bermakna sehingga kita membentuk sebuah kerajaan,” katanya ketika berucap membahaskan ucapan dasar Presiden PKR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE










