KOTA BHARU 26 Nov. – Pergaduhan antara wakil pemaju dengan penganut Hindu ketika proses pengambilalihan hartanah dan pemindahan Kuil Sri Mariamman di Subang Jaya, Selangor menjadi punca sebenar rusuhan yang berlaku di kuil terbabit, awal pagi ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, mesej tular serta khabar angin mengaitkan kejadian tersebut dengan isu perselisihan kaum antara orang Melayu dan India adalah tidak benar dan perlu dihentikan…










