LONDON 22 Nov.- Pemain Itali, Daniele Bracciali digantung seumur hidup daripada sukan tenis selepas didapati bersalah mengatur perlawanan, kata Unit Integriti Tenis (TIU) hari ini. Bracciali, 40, didapati bersalah oleh Jawatankuasa Bebas Anti Rasuah dalam sesi pendengaran berhubung dakwaan mengatur perlawanan pada saingan ATP 500 Barcelona 2011 dan turut didenda sebanyak 250,000 dolar (RM1.045 juta). Sementara itu, rakan senegaranya, Potito Starace turut dikenakan hukuman penggantungan selama 10 tahun dan denda…










