AMPANG – Seorang lelaki yang digelar sebagai ‘Boy Tiger’ yang menyebabkan kematian anak lelaki tirinya dua minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Khairul Izzaini Khairuddin, 31, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohammad Firdaus Sadina Ali. Ini kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas seorang kanak-kanak…










