KUANTAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menubuhkan Pasukan Bomba Bantuan di Gunung Tahan dalam masa terdekat ini bagi membantu usaha mencari dan menyelamat di gunung tertinggi di Semenanjung itu. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata pasukan yang terdiri daripada malim gunung itu akan ditempatkan di pintu masuk ke Gunung Tahan iaitu di Merapoh dan Kuala Tahan. “Mereka akan diberikan elaun dan dilatih dengan asas kebombaan selain pengalaman…










