MAGHRIBI adalah sebuah negara yang pernah digabungkan dengan Al-Andalus Sepanyol semasa pemerintahan Al-Murabitun/Almoravid (1040M – 1147M) dan Al-Muwahhidun/Almohad (1180M – 1212M). Alhamdulillah persidangan akademik kali ini lebih santai yang mana penganjur menganjurkan lawatan ke institusi sekitar Marrakech, Maghribi yang diselang seli dengan program berat seperti pembentangan kertas kerja penyelidikan. Pada hari pertama, peserta dibawa melawat Perpustakaan Ben Youssef, sebuah perpustakaan yang diwujudkan sekitar tahun 537 Hijrah (1142) pada era pemerintahan…










