Berkabung pasca belanjawan - Utusan Malaysia

Berkabung pasca belanjawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan golo­ngan petani, nelayan, pekebun kecil serta warga Felda kini dalam keadaan berkabung selepas pembentangan Belanjawan 2019 oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang gagal menyalurkan bantuan secara terus kepada mereka seperti mana dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu.

Najib berkata, keluhan itu dimaklumkan secara terus kepada beliau selepas bertemu dengan golongan berkenaan di beberapa kawasan di luar bandar.

“Saya melawat kawasan luar bandar, Felda, petani, pekebun kecil, nelayan dan saya tanya mereka kenapa keadaan di luar bandar muram.

NAJIB TUN RAZAK
NAJIB TUN RAZAK 

“Mereka kata kami bukan muram, kami sedang berkabung. Saya juga ke kawasan Beserah, Pahang minum teh dengan nelayan dan tengok laut bergelora, mereka beritahu dalam sebulan boleh keluar ke laut tujuh hari sahaja,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Najib ber­kata, golongan nelayan turut mengeluh kerana dikatakan malas ekoran tidak turun ke laut semasa musim tengkujuh.

“Golongan nelayan menyatakan mereka tidak faham kenapa ada yang menyuruh mereka menanam pokok, mereka harap bantuan daripada kerajaan untuk bantu mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Najib juga bimbang dengan situasi terkini ekonomi negara selepas pembentangan Belanjawan 2019 yang dilihat gagal meyakinkan para pelabur dan pemain pasaran.

“Selepas Belanjawan 2019 dibentangkan, indeks Bursa Malaysia jatuh 200 mata sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Ringgit pun terus jatuh. Saya ada mendengar kata-kata sebelum pilihan raya, kalau Najib turun, ringgit akan naik tetapi sekarang Najib dah turun, ringgit masih parah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN