IPOH – Seorang bekas Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan salah guna kuasa melantik anak lelaki dan menantunya di universiti berkenaan empat tahun lalu. Tertuduh, Prof. Datuk Dr. Zakaria Kasa, yang memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh…










