ALOR SETAR 23 Nov. – Seorang bayi perempuan yang sempurna fizikalnya dipercayai baharu dilahirkan ditemukan di tepi jalan di Taman Seri Ampang, Alor Setar di sini, semalam. Dalam kejadian pada kira-kira pukul 6 petang itu, seorang remaja menemukan bayi itu dalam keadaan masih bertali pusat dan dibaluti kain batik sebelum membawanya pulang ke rumah dan memaklumkan kepada keluarganya. Difahamkan remaja terbabit melihat dua lelaki menunggang motosikal berlegar-legar di kawasan tersebut…










