KUALA TERENGGANU 25 Nov. – Kerajaan negeri memperuntukkan RM2.015 bilion bagi Bajet 2019 yang mencatatkan peningkatan berbanding RM1.996 bilion tahun ini bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri dalam suasana mencabar. Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika membentangkan bajet itu berkata, pada masa sama kerajaan negeri turut menjangkakan memperoleh hasil RM2.015 bilion sekali gus menjadikan Bajet 2019 sebagai bajet berimbang. Beliau menjelaskan, daripada jumlah itu, sebanyak RM66.93 juta adalah hasil cukai…










