KUCHING 10 Nov. – Keputusan pemilihan PKR Sarawak setakat pukul 6.25 petang ini, menyaksikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului lawannya, Rafizi Ramli dengan majoriti 1,258 undi, membabitkan 18 daripada keseluruhan 29 cabang. Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi memperoleh 2,359 undi, berbanding Rafizi yang meraih 1,101 undi bagi merebut jawatan Timbalan Presiden. Daripada 18 cabang sudah selesai membuat pengiraan, Azmin berjaya menang di 14 cabang, berbanding Rafizi yang menang empat cabang sahaja. Penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR itu menang di cabang Bandar Kuching, Kota Samarahan, Mas Gading, Batang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya